Thursday 16 April 2009

时事分析: How bad the financial crisis is ???


Sekian lama telah aku menjadi ahli separuh lelap http://www.blogspot.com/ , kini, sesuap semangat Bahasa Melayu mengendah benak ku. Justeru, Bahasa Melayu menjadi pilihan saya sebagai titi bahasa untuk menyampaikan sedikit sebanyak suara hati yang terpendam dan ikhtisar tentang situasi economi yang melanda negara kita.

Tuan tuan dan puan puan serta para pembaca,

Sering terpampang di muka surat akhbar, laman utama internet, isu khas berita, topic pembahasan dan forum serta isi perbualan harian rakyat di "kopitiam" ( tempat makan and minum ) tidak terpesong daripada konteks kemelesetan ekonomi semasa.
Dengan ini, orang ramai telah menjadikan isu kewangan sebagai isu sensitif dan ia telah mengatasi isu perkauman dan isu september 16 yang hangat diperbicarakan sebelum ini. Tertaluk pada akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA), isu-isu yang sensitif dan dianggap akan mengungkitkan rusuhan and kekacauan dalam negeri adalah dilarang sesama sekali. Biasanya isu-isu yang diharam itu adalah isu yang sensitif dan pekik telinga setelah lama mendengarnya. Jadi, adakah isu kewangan yang mencatatkan statistic tertinggi dalam frekuansi perbualan harian itu akan dihalang oleh akta 1960 itu? Adakah rakyat biasa yang berbual-bual di "kopitiam" itu akan ditahan dan dilokap bawah akta 1960?

Fenomena biasa dalam pentadbiran, pihak-pihak tertentu akan mengambil kesempatan terhadap isu sensitif yang menjadi focus orang ramai sebagai senjata dalam mesyuarat ataupun semasa bertikam lidah. Oleh yang demikian, para pembaca boleh menggunakan isu kewangan sebagai pembaris untuk mengukur kelincahan dan keberkesanan perlaksanaan pihak tertentu. Sebaliknya, cuba memperhatikan reaksi pihak lain terhadap isu kewangan. Sudah pastinya anda akan menampak tektik-tektik mengkaburi penglihatan rakyat bermain di depan mata anda sendiri. Rakyat kian hari kian miskin, tetapi ada juga segolongan orang yang kian hari kian berada. Itulah yang patut diperhatikan pada setiao masa dan ingat jangan sekali sekala melupakan perbincangan sebelum ini hanya dengan sebab ekonomi yang menurun ini. Jangan lupa sebab-sebab kita mengeluarkan fikiran kita dan faktor-faktor kita menentang. Bahaya, keadaan ini bahaya, sebab, pihak tertentu besar kemungkinannya akan memperalatkan isu terhangat semasa, isu kewangan untuk "cover-up" tutup perbincangan perbincangan yang membebankan kepentingan mereka.

Sebagai sebuah negara yang pesat membangun, kegawatan ekonomi semasa telah mendatangkan beberapa kesan negatif terhadap proses pembangunan negara kita. Kemerosotan ekonomi ini dianggap sebagai ancaman ke-2 kuat selepas kemelesetan ekonomi pada tahun 1997. Jelasnya bahawa semasa kemerosotan ekonomi sedunia melanda, pemain-pemain utama ekonomi seperti US dan UK akan menghadapi pelbagai cabaran, tidak kurang juga kesannya terhadap negara-negara yang menjalinkan hubungan perdagangan dengan pemain utama ekonomi global itu.

Dengan keadaan yang sukar ini, perbelanjaan daripada luar negara terhadap product tempatan akan meningkat tanpa sangsian. Sebab, product pengeluaran negara kita adalah lebih murah jika dibandingkan dengan harga barang di US dan UK. Jadi, mungkin anda berfikir bahawa, keadaan ini tidak membantutkan pembangunan negara malah telah membantu situasi ekonomi negara kita. Ya, betul tetapi bukan betul sesemuanya. Ingat tabiat perbelanjaan seseorang pengguna adalah fleksibel terhadap kemewahan tetapi agak kental terhadap keperluan. Pengeluaran negara kita banyak bergantung kepada product-product sektor sekunder ekonomi. Jadi flaktuasi perbelanjaan adalah kurang hebat. Mungkin eksport negara telah meningkat, malangnya peratus peningkatannya adalah kecil dan telah dipampas oleh index keturuan dalam sektor lain yang menyumbang kepada catatan pembangunan negara. Sudah pastinya, dalam situasi yang pasif ini, bank-bank telah hilang "liquidity" ataupun cairannya. Bank tidak sanggup untuk mengambil risiko yang tinggi dengan memberi pinjaman kepada para pelabur mahupun pelabur asing ataupun pelabur tempatan. Tanpa model, projek projek pembangunan negara ditunggahkan. Peratus pembangunan negara terbantut. Ketidak puas hati rakyat telah dizahirkan, pihal tertentu akan menggunakan alasan ini untuk menuding jadi kepada kerajaan kita, menuduh perlaksanaan kerajaan tidak efektif tidak berkesan, malah tidak berupaya untuk memperbaiki ekonomi negara. Dengan alasan-alasan ini, rakyat sering terpengaruh dengan hujah hujah pihak tertentu, dan mengadakan demonstrasi dan pembentangan terhadap kerajaan.

Sebagai rakyat mahupun pemimpin negara, kita semua patut berganding bahu bersama sama mengatasi cabaran kemelesetan ekonomi negara tanpa melahirkan masalah masalah yang remeh temeh untuk membebankan negara. Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Kini bukan masanya untuk merampas kuasa dan bukan masanya untuk membebankan lagi rakyat. Dengan ketidak stabilan politik, negara kita tidak mungkin akan terlepas daripada ancaman situasi ekonomi yang patut dibimbangkan ini. Dengan kewujudan masalah-masalah perebutan kuasa, beraksi seperti kanak-kanak dalam pentadbiran, cuba mengada-adakan masalah remeh temeh itu hanya akan melambatkan kita daripada proses pemuliahan daripada situasi "global fiancial crisis" ini. Haraplah, semua pihak boleh mengabaikan kepentingan diri sendiri demi kerperluan rakyat jelata. Berhenti bersikap seperti enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing. Haraplah, pihak pihak tertentu hentikan prasangka buruk dan bias, dan mula berkerja sebagai satu unit untuk merealisasikan wawasan 2020 kita itu. Janganlah disebabkan ingin membalas dendam terhadap apa yang telah jadi kepada diri sendiri dan merosakkan seluruh negara. Jangan disebabkan nira setitik, rosak susu sebelanga. Sebagai insan yang maha mulia, lupakan dendam ; kejarlah impian nurani negara !!!
Sebagai konklusi suara hati, para pembaca termasuk saya patut pegang kuat kepada pedoman hidup kita, menjaga tabiat perbelanjaan kita, jimat cermat dan teliti dalam perancangan hal ehwal kewangan peribadi. Demi tanah air tercinta kita, berfikir sebelum beraksi.


Sekian terima kasih.